Tuesday, June 22, 2010





menyingkap kembali kenangan silam,
bagaikan semalam ianya terjadi,
pahit dan manis melalui segalanya,
suka dan duka dikongsi bersama,
tatkala aku merenung segala yang telah terjadi,
tika dahulu dan di saat ini,
terlalu sukar untukku mempercayai,
segalanya kini telah terhenti,
 dan berakhir di suatu bulan tragedi,
sungguh hatiku terkilan,
menyayangi sebuah persahabatan yang akrab,
akhirnya kecundang kerana satu kata yang bernama cinta,
memang tidak seharusnya aku membiarkan sahaja,
memang tidak seharusnya aku berdiam sahaja,
namun di suatu persimpangan yang sulit,
aku tidak mampu untuk bertahan,
melepaskan dirimu,
bermakna melepaskan sahabat yang teramat kusayangi,
melepaskan sahabat yang mencintaiku,
dan kini...
sejujurnya aku sepi tanpa kau disisi...



0 comments:

Post a Comment